Sunday, August 29, 2010

AURAT WANITA

DUA BELAS AURAT WANITA

by Muhamad Apipi Rashdan on Monday, August 23, 2010 at 11:23pm
Assalamualaikum, hari ini mari kita melihat apa yang dikatakan 12 aurat wanita. Sama-sama kita mengambil perhatian dan pengajaran daripadanya..

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng...

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32. Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar. Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu. Semoga kita semua baik lelaki atau perempuan, terpelihara daripada apa yang dikatakan fitnah wanita akhir zaman.












Read more...

Saturday, August 7, 2010

KEM BESTARI SOLAT TAHUN 4

Kem Bestari Solat Tahun 4 dilaksanakan pada hari Jumaat , 6 Ogos 2010 bermula jam pada 8.00 pagi. Kem di uruskan oleh guru j-QAF dengan kerjasama Guru Pendidikan Islam dan Guru KAFA






Kem Bestari Solat ini mensasarkan kepada semua murid tahun 4 seramai 240 orang murid. Kem ini bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.
Peserta kem di bahagikan kepada 2 kumpulan besar. Iaitu kumpulan yang telah mengusai hampir semua rukun dan bacaan dan kumpulan yang belum mengusai ataupun menguasai sederhana. Kumpulan kedua ini dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil dan dipimpin oleh seorang fesilitator. Manakala kumpulan yang telah menguasai dikumpul disurau dan di latih dengan amali dan bacaan dalam solat yang panjang dengan dipimpin oleh beberapa orang fesilitator. Semua murid dibekalkan dengan sebuah modul Kem Bestari Solat yang disediakan oleh pihak sekolah.
Kem ini dapat memberikan manfaat kepada semua peserta dalam melakukan ibadat solat dengan lebih semporna.
Unit j-QAF SK Sri Suria 1 mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan Kem Bestari Solat ini khususnya kepada semua pentadbir.

Read more...

KURSUS PENULISAN JAWI KONTEMPORARI 2010

KURSUS TELAH DIADAKAN PADA HARI SABTU, JAM 8.30 PAGI.
CERAMAH DISAMPAIKAN OLEH USTAZ MANSOR B MOHAMAD,
JURULATIH UTAMA JPN KELANTAN


Kursus Penulisan Jawi Kontemporari 2010 telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam. Kursus ini di hadiri oleh semua Guru Pendidikan Islam, j-QAF dan semua Guru KAFA seramai 36 orang guru. Kursus ini juga turut dihadiri oleh Penolong Kanan Pentadbiran SK Sri Suria 1.
Kursus ini mendedahkan tentang kaedah menulis tulisan  jawi baharu yang betul dan mendedahkan kaedah mengeja ejaan jawi bagi perkataan baru atau istilah-istilah moden dan juga kata pinjaman samada dari Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab.
Mudah-mudahan kursus ini dapat memberi manfaat bagi semua Guru Agama dan dapat dimanfaatkan kepada murid-murid dalam sesi pembelajaran.
Pihak Panitia Pendidikan Islam bagi pihak sekolah  mengucapkan jutaan terima kasih kepada penceramah. Pihak panitia juga sedang merancang untuk mengadakan kursus jawi ini untuk murid-murid khususnya tahun 6. 

Read more...

Saturday, July 31, 2010

MAKLUMAN KURSUS PENULISAN JAWI KONTEMPORARI 2010

Pihak sekolah Sri Suria (1) atas anjuran Panitia Pendidikan Isalm akan mengadakan Kursus Penulisan Jawi Kontemporari yang akan diadakan pada tarikh sebagaimana berikut :

Tarikh : 7 Ogos 2010
Hari    : Sabtu
Masa  : 8.00 pagi  - 12.00 tengahari
Tempat : Bilik Wawasan SK Sri Suria 1
Peserta : Guru Pendidikan Islam, j-QAF dan KAFA
Penceramah : Ustaz Mansor Bin Mohamad
                     ( Jurulatih Utama j-QAF JPN)
Objektif  :
Memberi fokus kepada penguasaan tulisan jawi dikalangan guru-guru agama untuk meningkatkan proses P&P dan melahirkan Guru Pendidikan Islam yang mempunyai kesinambungan kemahiran bagi ejaan jawi lama dan baru.

Read more...

Thursday, April 22, 2010

PROGRAM GERAK GEMPUR AL-QURAN TAHUN 6 2010

Program Gerak Gempur Al-Quran Tahun 6 diadakan pada hari Jumaat, 23 April 2010 bermula pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Program ini dikendalikan oleh semua guru j-QAF SK Sri Suria 1 di Surau Al-Syakirin.

Sasaran program ialah seramai 60 orang murid Tahun 6 yang masih belum khatam Al-Quran. Objektif utama program ialah supaya semua murid ini akan dapat khatam Al-Quran dalam tempoh sebelum bulan Mei 2010. Penyelaras program ini, Ustaz Wan Ibrahim Wan Ali berharap agar program ini dapat dijalankan dengan sempurna dan mendapat keberkatan daripada Allah swt.

Selepas program bagi Tahun 6 ini berjaya dilaksanakan, program bagi Tahun 5 akan menyusul dimana murid-murid Tahun 5 pula akan menyertai program gerak gempur Al-Quran. Matlamatnya ialah supaya semua murid akan dapat khatam Al-Quran di peringkat sekolah rendah lagi.

Read more...

Saturday, February 6, 2010

PROGRAM TASMIK AL-QURAN 2010

Program Tasmik Al-Quran 2010 bermula pada minggu kedua persekolahan iaitu pada 10 Januari 2010.
Program ini melibatkan semua murid SKSS1 dari tahun 1 hingga 6 mengikut hari-hari yang telah ditentukan.

Read more...

Sunday, January 10, 2010

PEDOMAN MUSLIM

AKHLAK ORANG BERIMAN.
1. Sentiasa bertaubat kepada Allah s.w.t.
2. Takut kepada kemurkaran Allah dengan mematuhi segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya.
3. Mengabdikan diri hanya kepada Allah dan tidak bergantung harap kepada makhluk.
4. Bersih hati dari berkehendakkan harta dunia yang melebihi keperluan .
5. Bersabar serta tabah menghadapi segala ujian dari Allah S.W.T.
6. Bersyukur dengan setiap nikmat Allah terutamanya nikmat iman.
7. Ikhlas menunaikan segala amal ibadat semata-mata mengharapkan keredhaan Allah.
8. Tawakal atau berserah diri kepada Allah setelah merancang dan berusaha.
9. Kasih kepada Allah (Mahabbah) dan sentiasa terdorong untuk melakukan amal ibadat di samping menghindari maksiat.
10. Redha dengan Qada dan Qadar atau ketentuan nasib yang telah ditakdirkan oleh Allah swt.
11. Sentiasa mengingati detik kematian.

HAYAT INSAN.
Bermula hayat kita di dunia ini hanyalah buat tiga saat.
Iaitu saat yang telah berlalu dari kita.
Saat yang tidak kita ketahui sama ada akan berpeluang untuk menemuinya.
Saat ini di mana kita berada di dalamnya.

Maka hendaklah dipergunakan kesempatan itu dengan sebaik mungkin
kerana kita tiada masa kecuali satu saat sahaja, sedangkan saat kematian,
dari saat ke saat semakin menghampiri kita.

CARA MENGUBATI HATI.
Ada lima cara untuk mengubati hati;
iaitu dengan duduk dekat dengan orang soleh,
membaca Al Quran,
mengosongkan perut (berpuasa),
bangun pada waktu malam (mengerjakan solat tahajjud, berzikir ,bertafakur)
dan merendah diri (kepada Allah) menjelang subuh.

JIWA SEORANG MUSLIM SEJATI.
1. Tidak Menghiraukan Ancaman Dan Kecaman.
2. Tidak Menghiraukan Kutukan Dan Umpatan.
3. Tidak Menghiraukan Keseronokkan Dan Permainan.
4. Tidak Mengejar Apa Yang Bukan Haknya.
5. Tidak Menghina Diri Tatkala Meminta Maaf.
6. Tidak Bergembira Melihat Kesusahan Orang Lain.

Read more...

Followers

WEBLOG SK SRI SURIA 1: UNIT j-QAF

Weblog ini memaparkan program, aktiviti dan informasi mengenai warga sekolah khasnya program-program j-QAF.

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP